Saturday, December 1, 2012

nilai

dari jauh cari rezeki
halal dimamah teknologi

dari jauh datang tuntut ilmu
jagalah kamu,situ ramai penipu

sangat sesak siswa siswi
bukan ajnabi ramai pasti
murah mudah mata rambang
pemanah banyak peluang

bila lalai di awangan
melayang tanpa graviti
dan masa pun berlalu di situ

ya nilai, ya kamu nilai
indah tak terkata
ya nilai, ya kamu nilai
khuatir kau kan tercemar

biarpun kau begitu
yakin terjaga dirimu




Wednesday, November 7, 2012

teman

aku ada seorang teman
yang cocok minatnya
minat baju baju lama lama
ya,baju baju lama lama

kami selalu bersua muka
keluar bersama sama
menjengah kisah kisah lama
bingkiskan kenangan itu belaka

ada satu istimewa
yang buat diri kagum dengannya
ya,mungkin akademiknya tidak tinggi melata
ya,rutinnya kerja bisa biasa sahaja
tapi dia amat kasih ibunya

tiap pagi menuntun ibu
tegak mentari menjemput ibu
tidak lelah tidak hitung waktu
senyum ikhlas bersinar di wajahmu



alhamdulillah.moga boleh mencontohinya.
alhamdulillah rezekinya makin bertambah.dulu bermotor sekarang bermotorkar.moga Allah memberkatimu sahabat,sesungguhnya syurga lelaki itu di bawah telapak kaki ibu.

Friday, November 2, 2012

rezeki

hari ini,
hari jumaat yang diberkati,
penuh berkah dari Ilahi,
limpah nikmat tidak bertepi.

rezeki,
sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
mencukupi,
agar diri-diri terus bersandar pada Yang Berdiri Sendiri.

Ya Allah,
jika rezeki ku di langit maka turunkanlah untuk aku,
jika di dalam perut bumi maka keluarkanlah untuk aku,
jika jauh maka dekatkanlah untuk aku,
jika dekat maka permudahkanlah untuk aku,
jika kotor maka sucikanlah untuk aku,
sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Pemurah lagi Kasih HambaMu.


tanggal 2 november 2012. hari menjadi kenangan. baju percuma indah di mata, cabutan bertuah di kongsi bersama, layak suku akhir insyaAllah kejayaan pertama.~