Thursday, September 6, 2012

kamu

usia menjamah waktu
itu ini kamu mahu
kadang kala kamu buntu 
apa sebenarnya mahu mu

toleh kanan toleh kiri
pengamatan diperinci
ada watak mewah duniawi
tanya diri tanyalah hati
adakah itu yang kamu impi-impi?

sesekali terpana sendiri
melihat pelaku jiwa murni
sejuk hati ini
adakah itu yang kamu impi impi?

apa sebenarnya mahu mu
solusinya kian ketemu
mahu mu itu satu
ingin menjadi pelaku murni itu

ingatlah selalu
Yang Maha Pengasih disisimu
tidak menoleh pangkat darjatmu
tidak membezakan gaya dan pakaianmu
walau siapa kamu
kamu mahu rasa itu
ingat,tanganNYA selalu menyambutmu.

sama mantapkan diri.ingatan juga untuk diri.bukan untuk memuji diri.
insyaAllah.

No comments: